Friday, 23rd July 2021
 

Latest News

PENANGGUHAN PEPERIKSAAN BERTULIS BAHAGIAN (III) & SEMUA PEPERIKSAAN DI BAWAH MAJLIS PEPERIKSAAN SENIBINA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

Berdasarkan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 (CORONAVIRUS) di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku.

2. Sehubungan itu, Lembaga Arkitek Malaysia ingin memaklumkan bahawa Peperiksaan Bertulis Bahagian (III) di bawah Majlis Peperiksaan Senibina Malaysia yang dijadualkan pada 27 Mac 2021 dan semua peperiksaan di bawah Majlis Peperiksaan Malaysia akan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

3. Walau bagaimanapun, semua permohonan untuk menduduki Peperiksaan Bahagian III hendaklah dihantar kepada LAM sebelum 1 Mac 2021.

Pihak LAM memohon Tuan / Puan untuk sentiasa mematuhi SOP dan mengamalkan norma baharu agar penularan wabak COVID-19 ini dapat ditangani sepenuhnya.

Files:
Penangguhan Peperiksaan Part3 2021
File size: 277.58 KB

Tingkat 17, Blok F, Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur, Malaysia

+603-2698 2878 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.